Tuesday, April 27, 2010

Pengumuman Untuk Buat Pengumuman

Assalamualaikum,

Untuk sesiapa sahaja antara kita yang mahu buat pengumuman, sila telefon ambo di talian 012-9120545. Apa-apa sahaja pengumuman yang boleh memberi manafaat kepada semua amatlah dialu-alukan.

Pengumuman yang awal adalah seperti berikut:

1) Amat ambo berbesar hati bagi pihak pok nik dan mok nik sekiranya semua sedara mara dapat menghulurkan doa semoga kesihatan POK NIK bertambah baik.

2)Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat fasal agama, kewangan serta program motivasi sila emailkan kepada wanzul123@gmail.com Diharap ianya dapat membantu sepupu kita, ABE NIK, untuk mengekalkan dan mengembangkan kerjayanya.

3) Kepada yang ingin mendapatkan tiket bas untuk kemana-mana sahaja amnya dan ke kampung khasnya sila hubungi ABE LI ditalian 014-5364890

Wednesday, December 16, 2009

Perubahan diri - terikat pada waktu tertentu?

Assalamualaikum WBT,

Ada khilaf pendapat yang mengatakan doa awal dan akhir tahun adalah bid'ah dan ada dikalangan kita yang melakukan tanpa mengetahui dalil dan nas yang mensyariatkan perbuatan tersebut.

Allah berfirman yang bermaksud:“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah.” Surah Al-ahzab ayat 21.

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca do'a ini, kerana maknanya pun tidak menyalahi syara'. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama do'a ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah do'a ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan do'a tersebut.Semua orang maklum bahawa do'a tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw sahaja. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syara' maka bacalah apa sahaja do'a yang kita hajati.

Bulan Muharram juga terdapatnya hari yang dinamakan Hari Asyura' yang berlaku pada 10 Muharram setiap tahun. amalan yang sahih digalakkan kita melakukannya pada hari Asyura', iaitu berpuasa. Rasulullah saw bersabda :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas".

Namun tidak kita lupakan terdapat hadis-hadis dhaif yang menceritakan mengenai fadhilat-fadhilat mengenai pelbagai amalan di bulan Muharam. Hadis palsu tidak boleh dijadikan hujah, akan tetapi ianya boleh diamalkan.

Apapun, setiap perubahan yang positif perlu dilakukan secepat mungkin tanpa mengira waktu-waktu tertentu.. semoga perubahan yang hendak dilakukan dapat memberi menfaat kepada diri dan seluruhnya...

Petikan dari PCMujahid

Saturday, October 17, 2009

Raja Sehari Udin

Maklumat terkini yg penulis terima Udin akan menamatkan zaman bujangnya pada 18hb December 2009. Majlis akad akan diadakan di Machang dan di Salor akan diadakan pada 20hb December 2009. Semoga ramai yang akan dapat hadir utk memeriahkan majlis.

Sebarang perubahan sila bagitau penulis utk diwar-warkan kepada semua. Terima kasih

Aktiviti Hari Minggu

Assalamualaikum semua,

Ada cadangan utk dianjurkan satu aktiviti bermain boling dikalangan ahli keluarga kita. Diharap aktiviti tersebut dapat mengumpulkan semua ahli keluarga utk beramah mesra dan juga menunjukkan skil boling masing-masing.

Nyatakan komen anda di chat box...

Saturday, September 12, 2009

15 Ramadhan (5 September 2009)



Alhamdullilah,

Dengan izin Allah, pada 15 Ramadhan yg lepas, kita bersama-sama dapat berkumpul untuk menyediakan juadah dan berbuka pose bersama. Terima kasih kepada 'working commitees' yg bersama-sama mengatur segala persiapan. Terima kasih juga buat Wang selaku tuan rumah majlis tersebut.

Pada pukul 8.30 pagi, Ngah dan Wang telah menjemput ambo untuk bersama-sama ke Pasar Borong Selangor untuk membeli semua bahan-bahan masakan yg telah direncanakan sejak awal pertemuan di Cafe 14 berhampiran Masjid Bulat PJ. Setelah gearbox dikerat, sotong ditimbang, ikan keli dipilih, lenguh tangan mengusung Nadiah (turut serta dlm rombongan shopping) proses membeli bahan-bahan mentah siap dlm pukul 11 pagi.

Semua sepupu yang dapat meluangkan masa mula berkumpul pada pukul 3 petang untuk memreneh sup, membakar ikan, mengoreng ayam, mengopek buah-buahan dan menyediakan minuman. Tak lupa yg menge'test' makanan. Penting ni.. Terima kasih la ya.. (Nama terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi)

Aktiviti mewarna juga disediakan untuk anak-anak yg hadir. Secara tidak langsung bakat anak-anak dapat dicungkil. Ianya juga dapat menyerlahkan semangat persaingan yg positif dalam diri anak-anak. Semua peserta mendapat pensil sebagai hadiah dan kepada pemenang, set kotak pensil sebagai habuan.

Bermula pukul 7 malam, bacaan Yasin dimulakan sebelum bersama-sama berbuka puasa. Majlis dipimpin oleh Ustaz Ajim. Setelah berbuka puasa secara ringkas, sembahyang Maghrib disempurnakan secara berjemaah. Juadah yang telah terhidang bersama-sama dijamah selepas itu. Selepas Isyak berjemaah, solat sunat terawih ditunaikan bersama-sama sekali lagi dibawah pimpinan Ustaz Ajim.


Majlis bersurai selepas 'collek' habis dijamah dan makanan dibungkus untuk dibawa pulang untuk dibuat bersahur.


Terima Kasih kepada semua yang menjayakan majlis berbuka puasa ini. Semoga hasrat murni yang cuba disemai akan terus subur dalam ikatan persaudaraan kita. InsyaAllah.

Wednesday, July 22, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Salam,

InsyaAllah, satu majlis berbuka puasa telah direncanakan bagi mengambil barakah dibulan Ramadhan yg bakal tiba. Jawatankuasa Kerja telah bermesyuarat hari ini (22/7/2009) di Cafe 14 Seksyen 14 Petaling Jaya.

Nantikan butiran selanjutnya mengenai majlis berbuka puasa ini.

Friday, July 17, 2009

Permulaan baru

Ilham untuk mencipta blog ni adalah berpunca dari masalah yang timbul untuk memudahkan maklumat disampaikan ahli keluarga yg lain yg berjauhan. Tidak dapat dinafikan bahawa internet merupakan satu media yg amat berguna utk tujuan tersebut. Maka timbullah blog baru yg saya namakan asa klate.