Saturday, September 12, 2009

15 Ramadhan (5 September 2009)



Alhamdullilah,

Dengan izin Allah, pada 15 Ramadhan yg lepas, kita bersama-sama dapat berkumpul untuk menyediakan juadah dan berbuka pose bersama. Terima kasih kepada 'working commitees' yg bersama-sama mengatur segala persiapan. Terima kasih juga buat Wang selaku tuan rumah majlis tersebut.

Pada pukul 8.30 pagi, Ngah dan Wang telah menjemput ambo untuk bersama-sama ke Pasar Borong Selangor untuk membeli semua bahan-bahan masakan yg telah direncanakan sejak awal pertemuan di Cafe 14 berhampiran Masjid Bulat PJ. Setelah gearbox dikerat, sotong ditimbang, ikan keli dipilih, lenguh tangan mengusung Nadiah (turut serta dlm rombongan shopping) proses membeli bahan-bahan mentah siap dlm pukul 11 pagi.

Semua sepupu yang dapat meluangkan masa mula berkumpul pada pukul 3 petang untuk memreneh sup, membakar ikan, mengoreng ayam, mengopek buah-buahan dan menyediakan minuman. Tak lupa yg menge'test' makanan. Penting ni.. Terima kasih la ya.. (Nama terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi)

Aktiviti mewarna juga disediakan untuk anak-anak yg hadir. Secara tidak langsung bakat anak-anak dapat dicungkil. Ianya juga dapat menyerlahkan semangat persaingan yg positif dalam diri anak-anak. Semua peserta mendapat pensil sebagai hadiah dan kepada pemenang, set kotak pensil sebagai habuan.

Bermula pukul 7 malam, bacaan Yasin dimulakan sebelum bersama-sama berbuka puasa. Majlis dipimpin oleh Ustaz Ajim. Setelah berbuka puasa secara ringkas, sembahyang Maghrib disempurnakan secara berjemaah. Juadah yang telah terhidang bersama-sama dijamah selepas itu. Selepas Isyak berjemaah, solat sunat terawih ditunaikan bersama-sama sekali lagi dibawah pimpinan Ustaz Ajim.


Majlis bersurai selepas 'collek' habis dijamah dan makanan dibungkus untuk dibawa pulang untuk dibuat bersahur.


Terima Kasih kepada semua yang menjayakan majlis berbuka puasa ini. Semoga hasrat murni yang cuba disemai akan terus subur dalam ikatan persaudaraan kita. InsyaAllah.