Wednesday, December 16, 2009

Perubahan diri - terikat pada waktu tertentu?

Assalamualaikum WBT,

Ada khilaf pendapat yang mengatakan doa awal dan akhir tahun adalah bid'ah dan ada dikalangan kita yang melakukan tanpa mengetahui dalil dan nas yang mensyariatkan perbuatan tersebut.

Allah berfirman yang bermaksud:“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah.” Surah Al-ahzab ayat 21.

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca do'a ini, kerana maknanya pun tidak menyalahi syara'. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama do'a ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah do'a ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan do'a tersebut.Semua orang maklum bahawa do'a tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw sahaja. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syara' maka bacalah apa sahaja do'a yang kita hajati.

Bulan Muharram juga terdapatnya hari yang dinamakan Hari Asyura' yang berlaku pada 10 Muharram setiap tahun. amalan yang sahih digalakkan kita melakukannya pada hari Asyura', iaitu berpuasa. Rasulullah saw bersabda :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas".

Namun tidak kita lupakan terdapat hadis-hadis dhaif yang menceritakan mengenai fadhilat-fadhilat mengenai pelbagai amalan di bulan Muharam. Hadis palsu tidak boleh dijadikan hujah, akan tetapi ianya boleh diamalkan.

Apapun, setiap perubahan yang positif perlu dilakukan secepat mungkin tanpa mengira waktu-waktu tertentu.. semoga perubahan yang hendak dilakukan dapat memberi menfaat kepada diri dan seluruhnya...

Petikan dari PCMujahid